Masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 lepas, seorang penulis muda dari Indonesia, Abinaya Ghina Jamela, dijemput ke Pentas Dunia Buku (PDB) untuk bercakap tentang salah satu bukunya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu iaitu Mengala Aku Harus Membaca
Ada satu ucapan Naya yang sangat Kakchik ingat, dia menekankan tentang pentingnya menulis sesudah membaca. Kata Naya, walaupun mungkin selepas ini dia tak terbit buku lagi, dia tetap akan terus menulis sebab ia jadi sebahagian dari dirinya. Membaca dan menulis itu harus seiring. Begitulah lebih kurang.
Kakchik sangat terinspirasi dengan kata-kata Naya ketika di pentas dan juga buku yang ditulis.
Jika seorang anak berusia belasan tahun pun sudah fikir begitu, tak akan kita yang sudah tua ini tak boleh berfikir, kan?
Sudah lama sebenarnya mahu menulis di blog, tetapi situasi selalu tak menyebelahi (atau mungkin sekadar alasan sahaja hahahaha).
Menulis di media sosial sudah sampai ke tahap yang statik, agak sukar menulis panjang disebabkan algoritma yang lebih memilih konten bersifat pendek dan kontroversi. Apabila menulis di media sosial, sudah tentu kita mengharapkan ‘engagement’. Jika tiada atau kurang, kita akan kecewa.
Beralih ke blog ini diharapkan Kakchik tak terlalu mengharapkan ‘engagement’ dan dapat mengasah skil menulis secara lebih kritis dan jujur (mungkin nak belajar mengkritik karya pula).
Apa pun, menulis ini merupakan satu amanah. Penulisan yang baik dan bermanfaat itu mampu menjadi ladang pahala buat penulis.
Kakchik mengalu-alukan semua yang sudi membaca semua tulisan Kakchik di sini.
With love,
Asha Kakchik 💕
Selamat datang ke satu sudut kecil Kakchik!
Di blog ini, Kakchik kongsikan segala rasa dan cinta terhadap dunia pembacaan melalui ulasan buku yang jujur dari hati, di samping merakamkan gelagat serta kisah di sebalik tabir aktiviti Kakchik sebagai personal shopper buku yang sentiasa memburu naskhah idaman buat kawan-kawan pencinta ilmu.
Tidak ketinggalan, ruang ini juga menjadi tempat Kakchik meluahkan “bebelan” santai mengenai warna-warni kehidupan seharian, pengajaran yang dikutip sepanjang perjalanan, serta cerita-cerita kecil yang mungkin dekat di jiwa anda semua.
Anggaplah blog ini seperti ruang tamu yang selesa untuk kita bertukar pandangan dan berkongsi minat yang sama, jadi jemputlah baca, tinggalkan jejak di ruangan komen, dan selamat meneroka setiap coretan yang ada!
Nota Kakchik © 2026
Dibina dengan penuh rasa cinta pada buku